3 cara nak hilangkan mengantuk masa solat terawih

 

Puasa merupakan waktu yang sangat sesuai untuk kita mulai melazimi amalan-amalan baik supaya kita akan terus melazimi amalan tersebut sepanjang 11 bulan seterusnya.

Antara amalan yang kita nak sangat jaga adalah solat terawih. Ini adalah kerana kita nak supaya diri kita suka dan menyimpan subconscious yang kita sangat-sangat sukakan solat banyak rakaat.

Tetapi kadang-kadang solat terawih akan menyebabkan kita mengantuk dan tak dapat nak focus di sebabkan imam baca panjang.

Jadi dekat sini, saya nak share tips yang saya lakukan supaya kita tak mengantuk dan always focus kepada solat terawih, kadang-kadang tak sedar pun dah habis 8 atau 20 rakaat.

3 cara nak hilangkan mengantuk masa solat terawih:

1. Pastikan jangan makan banyak sangat ketika berbuka, takut jadi lembu kenyang. Tersadar di meja makan. Makan untuk hilangkan lapar dan berpada-pada.

2. Pergi masjid/surau awal sebelum orang azan isyak lagi. Supaya diri kita dah standby dan tak sabar-sabar nak solat isyak berjemaah dan terawih berjemaah.

 

3. Ni part yang paling penting, focus kepada tempat sujud. Jangan tutup mata. Once tutup mata, kita akan melayang dan belayar merentas 7 negara. Lagi laju dari kapal terbang!

 

Focus gila-gila dekat tempat sujud sampai nak terkeluar biji mata tau!

Waktu ni lah kita berada tenang dalam mode Alpha wave. Time ni la kita dah open subconscious mind dan cepat-cepat kita tanamkan dalam subconscious mind yang kita ni suka gila terawih.
Activate RAS waktu ni, guna teknik SIF, tapi jangan SAY IT tu buat lafaz, batallah solat. Tapi niat dalam hati je.

“Bestnya terawih”
“Banyak pahala dapat”
“Sebulan setahun je ada”
“Tak sabar nak terawih esok lak”

Cakap camtu dalam hati sampaila kita rasa kemanisan buat terawih tersebut.

Kita boleh berdiri berjam-jam untuk menunggu di shopping complex, menunggu untuk beli tiket wayang, menunggu bas/train, tapi kita tak rasa mengantuk kan? Sebab subconscious mind kita dah biasa buat benda tu.
Jadi kena tanam yang solat terawih ni best sangat-sangat dan kita nak solat sampai habis dengan imam.

InsyaALLAH, lama-kelamaan kita akan rindukan solat terawih tersebut. Buatla selalu ya sampai ada rasa rindu tu kira jadilah tu proses penanaman solat terawih dalam subconscious 🙂

 


.
.
Share semoga sahabat syurga kita dapat manfaat juga!
.
.
.
Sifu Ash
Website Developer & Tahajjud Tanpa Alarm

Tahajjud Tanpa Alarmhttps://sifuash.com/tta
Fast Track Saleshttps://sifuash.com/fts
Livehttps://youtube.com/sifuash
Booster Libraryhttps://sifuash.com/booster
Blog harianhttps://sifuash.com/blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *