3 cara nak hilangkan stres hidup

Depresi atau kemurungan akan menjadi penyakit kesihatan mental utama dialami rakyat Malaysia menjelang 2020 susulan semakin ramai orang dijangka mengalami peningkatan stres akibat tekanan kerja dan keluarga, kata Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata penyelidikan oleh pakar berhubung kadar depresi dalam kalangan rakyat Malaysia menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 50 peratus pesakit depresi dari 2011 sehingga  2015. Hal ini di sebabkan oleh berlakunya ketidakseimbangan hidup dari segi emosi yang terganggu dan gangguan kerja atau bisnes yang memenatkan.

Oleh itu, saya ingin berkongsi 3 cara untuk kita cuba – cuba belajar cara nak hilangkan stres di tempat kerja, di rumah, bisnes dan sebagainya. InsyaALLAH semoga memberi manfaat kepada sahabat – sahabat syurga saya sekalian.

1. Present moment

Present moment ini adalah keadaan di mana kita sedar yang kita sekarang berada di tempat sekarang, bukan yang dah lepas dan bukan yang akan datang.

Selalunya kita akan stres apabila otak kita (conscious dan subconscious) sedang berfikir perkara yang lepas dan akan datang. Kita akan stres apabila otak masih lagi berfikir masalah, serabut, dendam, benci, nak marah kepada diri sendiri atau kepada orang lain tentang perkara yang lepas.
Kita juga akan stres jika kita fikir benda negatif yang akan berlaku beberapa hari nanti. Contohnya, duit tak cukup nak bayar bil, hutang orang lain belum setel lagi, anak nak pergi sekolah esok nak masak apa, boss tengah menunggu report untuk di siapkan.

Benda yang kita stres adalah benda yang lepas dan akan datang. Tapi kita tak sedar benda yang lepas, biarkanlah berlalu, dan benda yang akan datang belum datang lagi, kenapa nak stres fikir?

Jangan terlalu fikir sangat benda lepas dan akan datang, kita kena fikir benda yang berlaku sekarang. Sewaktu saya tengah type ni, saya tengah aware present moment yang berlaku di sekeliling; kipas tengah berpusing, aircond tengah bergerak, lagu background macam hotel lima bintang, lampu warna kuning, amir masih lagi tengah tidur. Aware dengan sekeliling. Otak tak fikir pun yang lepas dan akan datang. So tak stres!

“Sifu Ash tak ada problem, boleh lah tulis camni”. Oppsss. Saya rasa, saya paling banyak problem dari orang yang membaca ni. Tapi saya let it go problem saya dan saya akan terus buat kebaikan, share seberapa banyak ilmu yang ada untuk sahabat-sahabat syurga saya, terus istiqamah jaga solat, tahajjud, sedekah dan amal jariah.

Saya yakin dan percaya dengan janji Allah.

“Sesungguhnya Allah beserta orang yang bertakwa dan orang yang berbuat kebaikan”
– Surah An-Nahl 16:128

Jadi berterusanlah buat perkara kebaikan dan bertakwalah pada waktu present moment.

Kenapa perlu takut benda yang lepas dan benda yang akan datang?
Just aware tentang benda yang berlaku sekarang. Aware sekeliling. Sedar yang kita berada pada hari ini, bukan kelmarin dan esok!

Tengok tangan kita, tengok kaki kita, this is me! Cium tangan sendiri cakap I LOVE YOU!
Peluk tubuh sendiri cakap, I MISS YOU! Jom kita sama-sama jadi orang bahagia!

2. Mental self image

Kita kena belajar untuk mengubah self image kita. Contohnya saya sekarang tengah nak kecapi nikmat passive income yang ramai mengimpikannya. Dapat money freedom, time freedom dan location freedom. Sekarang saya belum dapat lagi ke tiga – tiga tu. Tapi saya dah tukar mental self image saya menuju kepada benda tu.

Saya dah pasang lagu macam hotel 5 bintang setiap masa. Pasang aromatherapy sepanjang masa. Tengah baca tentang pengalaman orang yang passive income. Travel satu dunia. Enjoy. Bantu ramai orang. Menulis. Bina sistem passive income. Kadang-kadang tak masuk ofis. Buat kerja kat rumah, hotel, library, pantai, sungai.

Apa yang saya buat ini adalah untuk mengubah mental self image supaya alignkan dengan apa yang saya hajati. Tak boleh sama dengan apa yang berlaku sekarang ni. Jika masih sama, mind, body dan soul tak dapat nak align dengan apa yang saya impikan selama ni.

Jadi untuk hilangkan stres, ubah your mental self image. Jadi orang yang baru. Tukar style hidup. InsyaALLAH rasa best dan beronok – ronok.

 

3. Think using heart

Apa yang berlaku di sekeliling kita, kita kena fikir pakai hati. Banyakkkan berfikir pakai hati dari berfikir pakai otak. Otak akan keluarkan 2 statement sahaja kalau kita berfikir. Antara yes atau no. Buat atau tak. Tapi pakailah hati, hati akan menjawap dengan feeling, bukan emosi negatif semata – mata.

Macammana nak pakai hati?

Kita sejak lahir sampai sekarang, kita pakai otak sahaja untuk membuat keputusan. Kita tak sempat nak tanya hati kita. Jadi pergantungan kita terhadap otak adalah tinggi berbanding hati. Sedangkan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :

“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.”(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)
Hati bukan otak ya!
Hati kita hanya pakai sekejap sewaktu kita nak awal-awal solat. Angkat takbir sambil niat pakai hati. Dan itu sahaja sehari kita pakai hati. Yang lainya semua pakai pertimbangan otak. So nak hilangkan stres, mulai pakai hati. Renung dan tanya hati, apa yang aku buat ni betul ke tak? Ok ke aku buat camni? Ask yourself.
Mengikut kajian sains, hati mempunyai 40,000 neuron yang boleh rasa, feel, belajar dan mengingat! Hati akan menghantar signal kepada otak tentang apa yang tubuh badan kita rasa dan banyak lagi. Tapi kebanyakkan kita dah block hati kita dari hantar signal kepada otak.
Jadi mulai sekarang, jomm kita ubah diri kita supaya kita banyak dengar kata hati berbanding otak. InsyaALLAH kita akan jadi orang baru dan mulai hilang stress. Hidup akan nampak perubahan dari seorang yang stres kepada ceria dan bahagia. 🙂
Cuba buat benda simple ni. Masa solat tu, pakai hati sepanjang solat, jangan pakai otak. Kalau pakai otak, otak akan berfikir benda lepas dan akan datang. Sebab tu boleh lupa rakaat, bacaan lintang pukang dan tak kusyuk. Pakai hati dan letak feeling. Selalunya waktu solat taubatlah kita akan pakai hati, solat lain pakai otak. Jadi mulai sekarang, semua solat wajib atau sunat, pakailah hati ya. Feel dia lainnn.

Though + emotion = feeling.

“Ten years from now you’ll laugh at whatever’s stressing you out today. So why not laugh now?”

– Tony Robbins

Last but not least, jagalah tahajjud elok2 naaa.

Jom tengok koleksi testimoni tahajjud dari sahabat-sahabat syurga kita.Boleh tengok banyak lagi testimoni di sifuash.com/testimoni


.
.
Share semoga sahabat syurga kita yang lain dapat manfaat juga 🙂
.
.
.
Sifu Ash
Website Developer & Tahajjud Tanpa Alarm

Tahajjud Tanpa Alarmhttps://sifuash.com/tta
Fast Track Saleshttps://sifuash.com/fts
Livehttps://youtube.com/sifuash
Booster Libraryhttps://sifuash.com/booster
Blog harianhttps://sifuash.com/blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *