7 cara nak belajar untuk letak nama branding

Assalamualaikum,

banyak industri perniagaan yang membangun bak cendawan tumbuh lepas hujan sejak akhir-akhir ni.

Oleh itu banyak nama-nama branding yang baru muncul dan nama branding yang terbaik adalah yang mudah nak di ingat walhal hanya dengar sekali sahaja.

Di sini saya sertakan,

7 cara nak belajar untuk letak nama branding adalah :

1. Nama mestilah mudah nak di ingat dan sekali dengar dah boleh agak apa produk yang kita jual.

  • Contohnya, BAkini. Dengar sekali macam bikini dan otak berfikir yang produk di jual adalah baju renang.
  • Oleh itu, nama BAkini akan senang melekat di sebabkan ada kaitan dengan bikini.

 

2. Nama mestilah sesuai dengan target audience.

  • Contohnya, jika produk untuk orang lelaki iaitu ubat kuat. So sekali dengar je Gambir Emas, dah dapat agak dah produk apa yang nak di jual.
  • Jika produk perempuan, nama branding mestilah sesuai dengan perempuan. Contohnya Jamu Dara.

 

3. Nama mestilah unik dan tak ada lagi yang pakai sebelum ni.

  • Ini memudahkan orang untuk search di media sosial, contohnya Facebook personal atau IG. Apabila nama unik, ia senang untuk di ingati oleh orang ramai.

 

4. Nama mestilah senang nak eja dan senang nak di sebut.

  • Kenapa perlu senang nak eja?
    Contohnya jika orang tanye apa name branding, saya jawap Sifu Ash berbanding Sifu Asyraf. Sifu Asyraf ni orang akan search antara Sifu Asyraf atau Sifu Ashraf. Tapi Sifu Ash ni senang nak tulis, orang takkan tulis Sifu Asy, tapi Sifu Ash.

 

5. Nama yang di gunakan adalah pendek

  • Sifu Ash adalah senang nak ingat berbanding Sifu Asyraf Azmin. So nama branding yang pendek senang untuk di ingat.

 

6. Elak dari nama singkatan dan yang ada number

  • Contohnya SA2974 iaitu Sifu Ash dan no plat kereta. Orang susah nak ingat yang ada number.

 

7. Memiliki makna yang baik 

  • Contohnya Asyilla Empire Sdn Bhd. Asyilla tu adalah gabungan nama saya dan wife, Asyraf dan Suhaila. Dan maksudnya adalah 2 gunung yang tengahnye mengalir air sungai. So saya gambarkan saya dan wife adalah gunung, sungai yang mengalir tu adalah rezeki yang dapat melimpah ruah.

 

 

Jadi sebab itulah saya tukar semua branding saya dari Asyraf Azmin kepada Sifu Ash. Supaya menepati 7 ciri-ciri kat atas 🙂


Sifu Ash
Website Developer & Tahajjud Tanpa Alarm

https://sifuash.com
https://aeacademy.com.my

Comments

    1. Post
      Author
  1. Noor Arbaah Abdul Mutalef

    Alhamdulillah saya bersyukur dapat join group Fast Track Sale ni. Saya berharap semoga dengan ilmu dari Sifu Ash ni dapat membantu business saya berkembang dan sales meningkat. Aamiin

    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *