Amalan banyak VS Amalan sikit

Assalamualaikum,

Untuk kali ni, saya nak share sikit pasal amalan.

Amalan ape ni asyraf?

Tak lain tak bukan adalah amalan akhirat,

berzikir, mengaji, solat, puasa dan sebagainya.

 

Saya ceritakan based on pengalaman saya sendiri.
Mungkin sama dengan sahabat-sahabat saya sekalian.

Saya dulu, once saya rasa naik semangat(naik sheikh) untuk beramal.

Saya akan buat habis-habisan,
zikir nya banyak, sujudnya lama, mengajinye banyak.

Tapi…

Seminggu je tahan!
Selalu camtu!

Lepas tu nak naik balik memang susah dan malas.

Sebab tu saya tulis kat sini supaya saya dan sahabat-sahabat semua supaya
apabila kita dah jumpa turning point untuk berubah,
kita jangan cepat berubah secara mendadak ya.

Kita buat step by step.

1. Kita mulai dengan buat teknik Tahajjud Tanpa Alarm dulu ye.
(Mana-mana yang nak belajar, insyaALLAH saya akan open lak group 100,000 orang nanti untuk share pasal Teknik Tahajjud Tanpa Alarm ni,
siape berminat, boleh subscribe di asyrafazmin.com ya untuk saya blast emel nanti once dah buka group baru).

2. Lepas tu, baru la kita tambah sikit demi sedikit amalan yang kita rasa selesa untuk buat. Jangan paksa diri untuk buat amalan banyak sekali gus. Nanti jadi exhausted!

3. Permulaan, buat dulu 3 key yang saya ajar tu. Lepas tu baru start dengan zikir sikit, mengaji sikit. Sampai la korang dapat rasa mengaji satu juzuk pun tak rasa lama. 30 minit je sebenarnya.

4. Kita ada group support yang selalu bagi support supaya bangun tahajjud dan bantu kawan-kawan yang lain. Jadi kita ada circle yang always support kita. So kadar nak down tu akan dapat di atasi sebab circle yang hebat ni yang always support.

5. InsyaALLAH apabila kita mulai slow-slow tambah amalan, dia akan jadi istiqamah dan kalau tak buat, kita akan rasa macam tak best dan tak sedap hati.

Itu lah step yang perlu kita buat. Kita ni motor kecil, kalau pakai exhaust kereta turbo, minyak motor pun cepat habis. So pakai dulu exhaust motor yang biase. Relax and steady bang hang!
Nanti barula kita tukar naik LAMBO lakk.

Ok semoga bertemu lagi ya untuk sesi seterusnya. 🙂

 

Sifu Ash
Website Developer & Tahajjud Tanpa Alarm
https://sifuash.com
https://aeacademy.com.my

Comments

  1. Alauwiah binti A.Majid

    Tq tuan Asyraf..byk sy belaja n dpt ilmu serta dpt beramal melakukan tahajud..
    Moga sy terus istiqomah.allahuakbar..

    1. Post
      Author
  2. Nur zaiza

    Tuan asyraf Boleh tak dapat email blas cara buat plan … saya dah check email still tak dapat yang spam pun dah tgk

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
  3. Afnizan

    Terima kasih tuan,atas perkongsian ni saya pon sma juga juga..amalan ikut angin dlu..tp alhamdulillah dh jumpa circle ni..buat sikit tp istiqomah..#ROI

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
  4. Achik Rus

    Betul, saya setuju. Dulu pernah jugak naik sheikh solat berjemaah 5 kali semua di masjid. Masa tu bukan guna enjin motor, tapi takde enjin pun tuan. Ibarat naik basikal. 2 minggu tahan, terus kiokk. Penat. Kahkah…doakan saya Istiqamah

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *