Bersyukur di Present Moment

Setiap hari kita stres dengan apa yang berlaku sekeliling.

Buat ni tak kena, buat tu tak kena.

Kadang-kadang benda sekecil-kecilnya pun boleh jadi sebesar-besarnya.

Terlupa nak buang sampah pun kena marah.
Terlupa nak photostat surat pun kena maki dengan boss.
Terlupa nak siapkan asignment pun dah kena warning tak leh ambik exam.
Terlambat nak post barang pun dah kena bebel dan viral oleh customer.

Stres kan?

Stres jika hari ni kita mulai dengan fikir benda stres.
Why not kita tukar, “Setiap pagi aku akan bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang”.

Tak susah pun. As simple as :

“Alhamdulillah aku masih hidup harini, terima kasih Allah”

“Inilah wajah isteri dan anak aku, tengah tidur nyenyak, terima kasih ya Allah sebab ketemukan wife dalam hidup aku dan kasi anak kepada kami”

“Terima kasih ya Allah sebab dapat hadir kuliah pagi ni, kesian kawan di kampung sampai sekarang tak dapat masuk U sebab family tak dapat tampung”

“Terima kasih ya Allah sebab hadirkan beberapa customer untuk aku hari ni, aku nak jaga betul-betul hadiah dari Mu ni”

“Terima kasih ya Allah sebab bagi aku suami yang sanggup keluar pagi balik malam semata-mata nak tampung family”

“Terima kasih ya Allah sebab bagi aku isteri yang dapat jaga family aku kat rumah”

“Terima kasih ya Allah sebab kasi aku kerja kat sini”

Bersyukurlah dengan apa yang Allah kasi sekarang.
Sebab Allah dah janji dalam Surah Ibrahim ayat 7, yang bermaksud lebih kurang. Jika kita bersyukur, pasti Allah akan menambah nikmat kepada kita.

Pasti, pasti dan pasti. Itu janji Allah tau!

Jadi nak takut apa untuk masa depan, bersyukurlah at the present moment.

Bersyukur dapat kerja, ramai kat luar sana tak dapat kerja.

Bersyukur dapat anak, ramai yang dah kahwin lama tapi tak dapat anak.

Bersyukur dapat kahwin, ramai kat luar sana tak kahwin-kahwin sampai sana.

Bersyukurlah sekarang.

Dengar kipas dan aircond tengah bergerak, bersyukurlah sebab banyak mana orang dalam kepanasan sekarang.

Dapat mandi segar, bersyukurlah sebab banyak mana orang tak dapat mandi sebab bekalan air terputus.

Dapat naik kereta pergi ofis, bersyukurlah sebab banyak mana yang naik motor pergi ofis. Berhujan dan panas.

Dapat naik moto, bersyukurlah sebab banyak mana yang naik basikal.

Dapat naik basikal, bersyukurlah sebab banyak mana yang berjalan kaki je.

Dapat jalan kaki, bersyukurlah sebab ada yang tak ada kaki.

Dapat pakai tangan, bersyukurlah sebab ada yang tak ada tangan.

Bersyukurlah…..

Cium dekat nadi di bawah telapak tangan tu sambil cakap :
“Terima kasih ya Allah. I LOVE YOU MY MIND, BODY AND SOUL”
.
.
.
Jom tulis komen kat bawah
“Terima kasih ya Allah :’)”


.
.
Share semoga sahabat syurga kita yang lain dapat manfaat juga 🙂
.
.
.
Sifu Ash

Website Developer & Tahajjud Tanpa Alarm

Tahajjud Tanpa Alarmhttps://sifuash.com/tta
Fast Track Saleshttps://sifuash.com/fts
Livehttps://youtube.com/sifuash
Booster Libraryhttps://sifuash.com/booster
Blog harianhttps://sifuash.com/blog

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *