Cara Nak Delete Akaun Facebook Bila Meninggal Dunia

Assalamualaikum,

hampir setiap hari kenalan dan orang terdekat kita meninggal dunia kan?

Jadi kadang-kadang kita tak nak tengok Facebook dia sebab akan buatkan kita menangis merindui sahabat dan orang yang kita rapat tu.

Jadi di sini saya nak share cara nak delete akaun Facebook bila kita atau orang yang dekat dengan kita meninggal dunia.

 

Jika orang yang dekat dengan kita meninggal (Family atau kawan baik)

  1. Klik link ni untuk process delete akaun https://www.facebook.com/help/contact/234739086860192.
  2. Isi details di atas. Siapa yang meninggal, bila tarikh dia meninggal, attach surat kematian dan isi emel kita sendiri.
  3. Tunggu sehingga Facebook verify dan Facebook akan inform kita untuk tindakan tutup selamanya Facebook akaun milik orang yang dah meninggal.

 

Jika kita meninggal, kita nak Facebook auto delete akaun kita

Kadang-kadang kita tak tahu bila kita akan pergi dan kita kalau boleh tak nak orang masih lagi share dari Facebook personal kita. Jika share benda yang elok, alhamdulillah. Jika aib? Seksa kubur kita nanti setiap kali orang share aib kita kat Facebook.

Jadi kita tak tahu apa aib kita orang akan share, so lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga dengan activate kan fungsi untuk auto delete akaun Facebook kita once kita dah meninggal kelak.

Caranya seperti di bawah.

  1. Buka Facebook Apps di mobile atau desktop. Pilih Settings & Privacy
  2. Tekan Settings
  3. Pilih Personal Information
  4. Tekan Manage Account
  5. Tekan Legacy Contact

  6. Scroll down dan pilih Account Deletion
  7. Last sekali pilih “Yes, Delete after Death”, dan tekan Save button.

InsyaAllah dengan cara ni, kita dapat delete akaun orang yang terdekat dengan kita apabila dia dah meninggal dunia. Dan kita juga dapat auto delete akaun Facebook kita once Facebook tahu kita dah meninggal dunia.

Perlu ke buat auto delete ni?

Bukannya apa, kita tak nak kalau-kalau ada aib kita yang orang masih lagi share di Facebook dan kita kalau boleh nak elakkan lagi tambah dosa semasa kita dah tak ada…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *