Dah maintain tahajjud tapi down sebab…..

Assalamualaikum,

 

Kali ni Sifu Ash banyak juga dapat wasap dan telegram sahabat-sahabat kita yang dah maintain tahajjud, tapi di sebabkan perubahan waktu atau terpaksa tidur lambat, menyebabkan terlepas tahajjud.

 

Dan sahabat-sahabat sekalian dah rasa down sebab tak dapat istiqamah tahajjud.

Ok macam ni.

 

Kita ni manusia, insan yang pelupa dan selalu buat salah dan dosa setiap hari, setiap masa dan setiap saat.

Dalam masa sehari, kita takkan terlepas dari buat dosa ni. Sebab tu kita mesti mewajibkan diri untuk bertahajjud setiap hari.

Taubat setaubatnya, menangis hingga teresak-esak dengan dosa yang lampau.

 

Jadi apabila kita dah jumpe tahajjud, dah start jumpe Allah balik, kita akan rase tenang yang amatttt sangat. Ketenangan tu tak ada di mana-mana. Hanya waktu tahajjud sahaja dapat merasai ketenangan tu.

 

Jadi kita akan always rinduan tahajjud, tidur awal sebab tak sabar nak jumpe Allah cepat2.

Allah ni maha kaya dan maha pemurah, Allah akan uji umatnya untuk tengok sejauh mana rindu dan sayangnya kita kepadaNya.

 

Jadi di uji dengan sedikit ujian, contohnye terpaksa tidur lewat ade kerje, terpaksa balik kampung, ade masalah dengan tempat kerja dan kne stay up night.

So apabila waktu kita dah istiqamah ni terganggu, kita mulai down sebab tak dapat istiqamah.

 

Wahai sahabatku sekalian.

Jangan bersedih sebab tak dapat konsisten tahajjud.

Kita ingat satu je, masa umur 20, 30, 40 tahun ni, bila kita last dapat jaga tahajjud?

Maybe ini kali pertama!

Jadi kalau dah dapat jaga tahajjud selama dua tiga minggu, sekali je Allah uji, kenapa nak down!

Bangkitlah sahabat kuuuu!

Kita ada banyak masa lagi sebelum di jemput Ilahi (Semoga di panjangkan umur, aminn).

Jadi kenapa nak down sekarang!

BANGKIT!

 

Kita dah jumpe key to success, why nak lepaskan key ni?

Paksa diri untuk bangkit supaya menjadi istiqamah sepanjang hayat!

Kalu terlepas, jangan risau sebab boleh buat qada balik lepas solat dhuha.

Ye ke boleh qada tahajjud?
Yes, boleh bagi yang dah istiqamah tahajjud!

Nak berjaya dalam hidup kan?
Jom jumpa Allah setiap hari!

Sifu Ash
Website Developer & Tahajjud Tanpa Alarm

https://sifuash.com
https://aeacademy.com.my

 

Comments

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *