Day 1 – Journey dengan Pak Anjar

Assalamualaikum,

kali ni Sifu Ash sangat gembira sebab doa Sifu Ash selama 2, 3 hari ni Allah makbulkan!
Sifu Ash doakan supaya Allah hadirkan seseorang yang dapat guide dan perbetulkan diri Sifu Ash.

Alhamdulillah semalam (12 April 2019, Jumaat), Sifu Ash dapat wasap dari no yang tak di kenali.
Gambar profilenya adalah gambar Coach Zie dan Sifu Ash pelik kenapa wasap Sifu Ash kan?

Rupa-rupanya itu adalah number Kak Pah, PA Coach Zie.
Siape Coach Zie ni Sifu Ash?

Coach Zie adalah coach kepada Sifu Ash untuk ilmu Selling Without Selling. Ilmu yang sampai sekarang Sifu Ash praktikkan dan ilmu dari Allah inilah yang banyak mengubah hidup Sifu Ash!
Alhamdulillah. Nanti Sifu Ash akan kongsikan details tentang apa yang ada dalam ilmu SWS ni ya ๐Ÿ™‚

Ok berbalik kepada wasap yang Sifu Ash dapat hari Jumaat 12 April 2019.

Banyak wasap dan telegram yang masuk yang Sifu Ash personally balas one by one.
Demi untuk bantu ramai lagi sahabat Sifu Ash kat luar sana. Jadi sorang demi sorang Sifu Ash balas, selalunya voice note supaya laju dan jelas dari type. So sebelum azan solat Jumaat tu Sifu Ash tengok ada wasap yang pakai gambar profile Coach Zie.

Rupa-rupanya itu adalah Kak Pah, PA Coach Zie. Dan Sifu Ash macam berdebar-debar untuk bukak sebab tak pernah dapat wasap dari PA direct Coach Zie.
Kat bawah ni adalah screenshot wasap dari pukul 8 pagi lagi. Tapi Sifu Ash buka sebelum sembahyang Jumaat.

Sifu Ash terkejut sebab adakah ini yang Allah nak tunjukkan kepada Sifu Ash untuk belajar sesuatu dari orang-orang yang hebat ni?

Siapa tu Pak Anjar?

Pak Anjar adalah orang yang paling rapat dengan Pak Ary, pengasas kepada ESQ.
Siapa tak kenal Pak Ary kan? Speaker yang paling famous di Indonesia dan telah melahirkan ramai jutawan Islam!

Boleh baca biodata Pak Ary di sini.

So alhamdulillah, rezeki Sifu Ash kerana di pilih Allah untuk jumpe insan hebat ni yang di datangkan khas dari Indonesia!

Lepas magrib, terus Sifu Ash drive kereta dari Seksyen 7 Shah Alam ke hotel di mana Pak Anjar dan assistantnya Ubal (Sifu Ash panggil Dato Alif sebab mukanya sebijik macam Dato Alif Syukri :P).

Sampainya di hotel di Sri Kembangan, Sifu Ash nampak Pak Anjar dan Ubal menunggu dan senyuman dia buat Sifu Ash tenang sebab orang yang dah berjaya buat orang lain berubah ni lain auranya.

So semasa perjalanan dari Seri Kembangan ke Shah Alam (Pak Anjar nak jumpa anak didik dia), banyak ilmu yang Sifu Ash korek dan di sini Sifu Ash akan berkongsi seberapa banyak ilmu yang Sifu Ash ingat dan sangat berguna kepada sahabat-sahabat Sifu Ash sekalian.

Ilmu 1

3 LEVEL UNTUK JADI LEADER YANG POWER!

  1. Level 1 –ย  Mentor
    • Untuk menjadi seorang yang berjaya, kita perlukan mentor yang selalu remind kita untuk terus focus dan jangan mudah putus asa untuk mengejar impian.
    • Tanpa mentor, kita ibarat seorang yang bergerak sendiri tanpa hala tuju yang tepat.
    • Mentor akan jadi seperti helang yang fikirannya tajam, ideanya bernas dan masalah yang di dapati dari leader di bawahnya akan di tukarkan kepada peluang.
    • Leader tidak sempat untuk berputus asa di sebabkan ada mentor yang mengejar mereka supaya bertindak cepat dan focus dengan plan yang telah di sematkan.
  2. Level 2 – Circle
    • Setiap orang yang berjaya, mereka di dorang oleh circle yang power.
    • Circle yang power ni adalah circle yang sama level dengan mereka dan hati mereka sama-sama bertaut antara satu sama lain untuk bantu ringankan beban antara leader yang lain.
    • Fungsi utama circle adalah untuk jadi pembakar semangat dan push factor supaya setiap leader dapat focus kembali dengan matlamat yang telah di janjikan dengan diri sendiri.
    • Tanpa circle, leader akan jadi malas sebab tak ada kawan yang satu level dengan mereka dan leader tak dapat nak tau sejauh mana perjalanan mereka tu semakin bertambah atau sama sahaja. Malahan lagi teruk kalau buat bisnes sendiri, leader akan mudah down dan tak bermaya dan buat bisnes.
  3. Level 3 – Pengikut
    • Pengikut setia akan follow leader yang power, yang always memberi kata-kata semangat dan menjadi push factor kepada follower untuk ubah hidup masing-masing.
    • Tanpa follower, leader akan jadi lemau sebab tak ada yang nak ikut idea, arahan dan semangat yang di bawa oleh leader tersebut.
    • Pentingnya follower ini adalah untuk selalu bangkitkan semangat untuk leader terus berusaha supaya momentum leader akan terus keep going untuk make sure follower mereka gembira dan ternanti-nanti apa yang akan di share oleh leader tu setiap hari.

Ilmu 2

Leader yang hebat ada 3 ciri di bawah:

  1. Bercakap dengan lemah lembut dengan pengikut mereka.
  2. Selalu tukarkan problem kepada peluang.
  3. Selalu ceritakan masa depan(cita-cita) yang best-best supaya pengikut mereka akan alignkan cita-cita leader tu dengan cita-cita mereka juga. Contohnya, Sifu Ash sendiri nak lahirkan 1 juta orang yang dapat bangun tahajjud pada 10 tahun akan datang. Jadi follower Sifu Ash akan alignkan juga cita-cita yang sama dengan mereka. Kenapa perlu align bagi sama? Sebab DOA.
    Jika ramai yang berdoa benda yang sama, insyaALLAH cita-cita tu akan tercapai kelak. Amin!

Ilmu 3

Berdoa atau baca doa?

Lepas dengan je ayat ni, tertusuk hati Sifu Ash tau.ย Berdoa dan baca doa adalah perkara yang berbeza. Berdoa ni kita ikhlas berdoa kepada Allah Taala dan minta Allah Taala tunaikan doa kita.
Baca doa adalah hanya baca saja doa tanpa faham apa yang di baca. Boleh faham kan deep ayat ni? ๐Ÿ˜›

Ilmu 4

Always nampak positif supaya aura positif akan meresap kepada orang di sekeliling.

Berkawanlah dengan orang positif, sebab kawan yang positif akan selalu bimbing kita ke arah positif dan hidup kita akan always berfikir positif dan negatif thoughts akan mulai hilang dari hidup kita.

Semasa perjalanan sebelum balik ke hotel semula. Ubal, pembantu Pak Anjar nak cari Seven Eleven yang terdekat. Tapi dekat 30 minit pusing-pusing tak jumpa.

Tapi Sifu Ash tengok reaksi Pak Anjar yang dia tak langsung merungus atau marah sebab ganggu perjalanan dia untuk rehat awal di hotel. Tapi dia siap gelak-gelak lagi sebab tak jumpa. Memang first time Sifu Ash jumpa orang yang tukarkan marah kepada gelak. Selalunya yang jumpa, akan merungus walaupun sedikit.


Alhamdullilah ini lah perjalanan Sifu Ash selama sehari dengan Pak Anjar dan masih lagi berbaki 3 hari.

Sifu Ash berazam untuk menulis nota kehidupan ni dalam blog Sifu Ash beserta dengan fakta-fakta yang menarik dan senang untuk di fahami.

Terima kasih sekarang sudi membaca dan kita jumpe esok untuk hari yang ke dua ya! ๐Ÿ™‚

Oh lupe nak tunjuk gambar. Sebelah kanan Sifu Ash tulah Pak Anjar. Di ikuti oleh tuan Roslan, owner kepada event organiser yang uruskan event Dr. Azizan, Najib Assadok, Sifu FBads dan banyak lagi. Sebelah hujung kanan Sifu Ash tu adalah Ubal, PA Pak Anjar. Macam Dato Alif Syukri kan? Hehe.

 

 

Sifu Ash
Website Developer & Tahajjud Tanpa Alarm

https://sifuash.com
https://aeacademy.com.my
https://youtube.com/sifuash

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *