Janji Allah!

Janji Allah!
.
.
Allah berjanji akan memberi bantuan dan pertolongan kepada kita jika kita berusaha bersungguh-sungguh memenuhi kehendak agama.

Buktinya di dalam Surah Al – Ankabuut, surah yang ke 29, ayat 69.

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

(Al-‘Ankabuut 29:69)

Inilah janji Allah!

Pasti dan pasti Allah akan tunaikan!

Jadi apa perlu buat?

1. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menegakkan syiar Islam tak kira di mana kita berada dan tak kira di lapangan mana rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.

Jika rezeki kita adalah hanya menjadi seorang tukang masak. Jadilah tukang masak yang menegakkan syiar Islam dengan bersungguh-sungguh masak dengan harapan orang yang makan masakan tersebut akan beroleh manfaat dan di mudahkan baginya untuk solat dengan khusyuk dan berserah kepada Allah.

Jika rezeki kita adalah sebagai bisnesman. Jadilah bisnesman yang bersungguh-sungguh menegakkan syiar Islam dengan menaikkan kembali ekonomi negara Islam sehebat zaman sahabat dulu.

2. Sampaikanlah seberapa banyak ilmu yang bermanfaat kepada orang ramai supaya ianya nanti menjadi asbab kemudahan kepada orang lain.

Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ta’ala ‘anhu, bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)

Tidak semestinya ustaz atau ustazah sahaja yang layak untuk menyampaikan agama Allah.

Tapi walaupun kita kekurangan ilmu agama, kita boleh sampaikan juga ilmu yang kita ada walaupun hanya satu ayat!

Bersungguh-sungguh lah dalam menyampaikan ilmu agama. Dengan niat tulus ikhlas, semoga ianya menjadi asbab Allah suka kita dan Allah menunaikan janji untuk memberi bantuan kemudahan kepada kita kelak.

3. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk memperbaiki amalan.

Amalan solat yang wajib, yang kita pernah tinggal dahulu adalah menjadi hutang kita dengan Allah.

Hutang wajib di bayar dan tambahan pula orang yang memberi hutang akan terus menunggu waktu hari demi hari untuk kita setelkan hutang kita.

Jika kita berhutang dengan Allah, Allah lagilah menunggu kita supaya kita dapat setelkan hutang yang lama.

Jadi bersungguh-sungguhlah lagi dan lagi sampai kita tiada lagi. Bersungguh – sungguh untuk menaikkan syiar Islam nanti. InsyaAllah!
.
.

Ok setakat tu sahaja untuk sesi pagi ni.

Semoga memberi manfaat kepada semua yang membaca.

Boleh pergi ke Booster Library – Sifu Ash; untuk belajar banyak ilmu berkenaan dengan bisnes, personal development dan juga agama. InsyaAllah dengan izin Allah.

Saya juga akan buat LIVE EXCLUSIVE pada setiap minggu dan tidak ada hari khas untuk saya buat dan saya akan randomly pilih tarikh dalam mase seminggu.

So, nanti saya akan umumkan bila akan start live youtube.com/sifuash dan insyaAllah saya akan buat satu perubahan mendadak yang memberi satu kemajuan dan start growing bigger. Aminnnn

 


.
.
.
.
.
Sifu Ash
Website Developer & Tahajjud Tanpa Alarm
Tahajjud Tanpa Alarm – https://sifuash.com/tta
Fast Track Sales – https://sifuash.com/fts
Live – https://youtube.com/sifuash
Booster Library – https://sifuash.com/booster

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *