Kenal pasti 3 kategori pelanggan untuk mudah close sale!

Kenal pasti 3 kategori pelanggan untuk mudah close sale!
.
.

“More than half of business customer loyalty is DRIVEN not by what you sell, but how you sell it specifically”
– Matt Dixon, Director of Corporate Executive Board.

Nak mudah close sale?

Kadang-kadang bukan sebab produk yang kita jual tu senang nak close, tapi sebab cara kita close sale menyebabkan senang pelanggan nak keluarkan duit mereka untuk membeli produk dengan kita.

Di bawah saya senaraikan 3 kategori pelanggan yang kita kena kenal pasti supaya kita mudah untuk close sale!
.
.
1. Pelanggan jenis banyak tanya – kita andaikan pelanggan ni sebagai seorang Professor.

 

Ciri – ciri pelanggan Professor ini adalah yang jenis banyak tanya tentang produk, tentang cara nak guna, tentang isi kandungan produk, pro and cons dan banyak lagi soalan remeh temeh yang nak di layan satu persatu.

Tapi kena ingat, pelanggan macam ni selalunya tak kisah harga produk. So kita tak perlu lagi nak sentuh tentang harga. Kita jawap je soalan dia satu persatu. Tak mengapa sebab pelanggan Professor ini jenis yang penyabar dan menunggu kita balas satu demi satu.

Lebih-lebih lagi pelanggan Professor ni jenis yang berduit, tak kisah sangat tentang harga. Mahal pun tak mengapa. Yang penting dia nak semua soalan dia tu kita jawap dengan fakta dan teratur.

Jadi sangat best kalau dapat pelanggan yang tak kisah tentang harga, mahal pun takpe. Asalkan kita kena layan dia macam KING!

2. Pelanggan jenis suka survey dan bandingkan harga dengan orang lain – kita andaikan pelanggan ini sebagai seorang mak cik bawang.

Mak cik bawang ni tugasnya adalah banding-bandingkan produk kita dengan orang lain. Dia suka sangat survey harga, tanya dapat gift apa kalau beli, kadang-kadang ugut kita kalau lambat post siaplah.

Tapi yang bestnya, mak cik bawang ni, once dia puas hati dengan layanan dan produk kita, dia akan membawang dekat kawan-kawan dia untuk cepat-cepat membeli dengan kita.

So layanlah mak cik bawang dengan elok ya. Dia ada banyak network.

3. Pelanggan jenis suka tengok testimoni dan result atau yang suka ikut trending – kita andaikan pelanggan ini sebagai seorang artis.

 

Artis ni suka ikut trending dan juga suka apabila benda tu viral. Jadi artis ni selalu nak tengok end result, nak tengok testimoni, berkesan ke idok produk yang dia nak beli. Kadang-kadang harga tak tengok sangat, tapi yang penting viral dan banyak testimoni yang dah pakai produk tersebut.

So best kalau pelanggan ni dia datang tanya tentang testimoni terus, jadi apa lagi, kasi la banyak testimoni sampai berbuih mulut dia nak baca satu-satu.
.
.
Jadi setelah mengetahui pelanggan yang kita tengah close sales ni kategori apa, so senang kita nak close sale dia dengan cara yang halus dan kena dengan apa yang pelanggan tu nak.

Kalau dia jenis Artis, tapi kita duk layan dia macam Professor, so dia tak berapa berminat. Dia nak tau result je. Kasi je result dan testimoni.

Tapi kalau dia jenis Professor, jangan terus kasi testimoni, tapi layanlah soalan yang dia nak tu. Make sure segala jawapan sudah ada tersedia.

 


.
.
Share semoga sahabat syurga kita dapat manfaat juga!
.
.
.
Sifu Ash
Website Developer & Tahajjud Tanpa Alarm

Tahajjud Tanpa Alarmhttps://sifuash.com/tta

Fast Track Saleshttps://sifuash.com/fts

Livehttps://youtube.com/sifuash

Booster Libraryhttps://sifuash.com/booster

Blog harianhttps://sifuash.com/blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *