Kisah Katak Yang Berjaya

Assalamualaikum,

Kali ini saya nak share tentang satu kisah motivasi katak yang berjaya!

Jom sama-sama membacanya, semoga bermanfaat ya.

 

Di ceritakan ada satu kampung katak di sebelah negara luar sana nun.

Di ketui oleh seorang katak yang dah tua lagi banyak pengalaman. Namanya Bobby.

 

 

Bobby merasakan ada sesuatu akan berlaku di kampungnya, jadi Bobby mengarahkan kesemua orang kampung untuk mulai pindah ke tempat yang lagi tinggi.

Jadi bermulalah kisah pemindahan berscala besar ke satu gunung yang tinggi dan curam.

Tiba-tiba semua katak berhenti kerana terkejut di depan mereka ada satu tempat yang sangat besar dan sangat cantik. Tempat tu adalah tempat paling sesuai untuk di jadikan sebagai kampung baru.

Tetapi untuk mendapatkan sesuatu yang bernilai bukan senang dan banyak kesulitannya.

Mereka terpaksa melompat dengan tinggi untuk melepasi satu lembah (baca longkang) yang besar dan ini menyebabkan mereka takut untuk cuba melompat dan menyeberang.

Beberapa ekor katak cuba untuk melompat tapi terjatuh dan cuba lagi dan lagi sampai ada yang gelak-gelak macam katak.

Mereka semua melaungkan kata-kata negatif.

“Tak yah mengidamlah nak pi sana, bukan logik pun boleh lompat jauh macam tu. Kita cari tempat lain lah”
“Tak yah buang masa nak cuba lompat, kau tak kan dapat punya, kaki pendek”
“Daripada kau duk cuba banyak kali, baik kau cuba baiki dulu masalah hati kau tu”
“Tak ada yang dapat lepas, tak yah nak berangan sangat”

Tapi tiba-tiba, ada satu ekor katak yang dari jauh lagi dah cuba untuk lari (camne katak lari ek? emm) dannnn

Melompat dengan sangat tinggi lalu dapat melepasi lembah tersebut. Semua katak terkejut dan terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

Mereka bertanya,

“Kau tak takut ke?”
“Macam mana kau boleh lompat tinggi camtu?”

Katak yang dapat menyeberang ke sebelah tu sebenarnye pekak dan tak dengar pun apa yang katak ni tanya.
Dan dia menunggu katak lain untuk melompat dan menyeberang lembah tersebut dengan mukanya yang seposen.

 

Moral of the story:

Kita dah nampak yang kita akan dapat kejayaan kalau kita berusaha sungguh-sungguh dengan tak kenal erti putus asa. Tapi kenapa kita nak down kalau orang di sekeliling duk perli kita?

Mereka tak nampak ke kejayaan tu? Tak. Bahkan merekalah yang akan mengada nak berdamping dengan kita kelak once kita dah berjaya.

Tapi masa kita tengah berusaha, apa yang mereka buat?

Jadi, mulai sekarang, pekaklah telinga anda dengan sindiran – sindiran sinis dan suara – suara yang negatif tersebut.

Berusahalah sampai berjaya. Jika bukan kita, siapa lagi?

 

.
.
Share semoga sahabat syurga kita yang lain dapat manfaat juga 🙂
.
.
.
Sifu Ash

Website Developer & Tahajjud Tanpa Alarm

Tahajjud Tanpa Alarmhttps://sifuash.com/tta
Fast Track Saleshttps://sifuash.com/fts
Livehttps://youtube.com/sifuash
Booster Libraryhttps://sifuash.com/booster
Blog harianhttps://sifuash.com/blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *