Kisah Puteri Raja Yang Cantik dan Bijak

Kisah ni berlaku di sebuah negara yang mana mempunyai seorang raja yang baik hati dan mesra rakyat.

Raja tersebut mempunyai seorang puteri yang sangat cantik dan bijak.

Di sebabkan kecantikan dan kebijaksaannya, maka ramailah yang cuba meminang tapi tak berhasil.

Di pendekkan cerita, seorang putera yang zalim yang mempunyai bala tentera yang hebat dari negara jiran mengetahui tentang kecantikan puteri tersebut.

Lalu berhasrat untuk jadikan sebagai isteri yang entah nombor yang ke berapa. Putera tu telah membuat suatu plan untuk merampas takhta raja yang baik tersebut lalu mengahwini puteri yang cantik.

 

Setelah berperang dan berjaya menakluki kota tersebut. Putera lalu berjumpa dengan raja yang baik dan juga puterinya.

“Akhirnya aku dapat takluki juga kerajaan engkau ni, hahaha”, gelak putera yang zalim.

“Lepaskan ayah aku, aku sanggup kahwin dengan engkau kalau engkau lepaskan ayah aku”, balas puteri tersebut.

“Jangan ambil anak aku, ambillah semua harta dan kerajaan aku ni tapi jangan sentuh anak aku!”, marah raja yang baik tu.

“Ok baiklah, aku akan lepaskan kedua duanya, dengan syarat kita main satu permainan ni, jika aku menang, aku jadikan kau sebagai isteri aku dan aku jadikan ayah kau sebagai hamba. Tapi kalau aku kalah, aku lepaskan korang berdua beserta segala harta kerajaan kau. Setuju?”

Lalu mereka berdua bersetuju dengan syarat tersebut.

Lalu putera tersebut mengeluarkan satu uncang bekas yang ada satu batu putih dan satu batu hitam.

Putera itu meminta puteri supaya mengambil batu dalam uncang tersebut dan jika putih, maka puteri dan ayahnya selamat. Jika hitam, putera tersebut menang perlawanan tersebut.

Puteri adalah seorang yang bijak. Dia tau yang putera akan buat helah dengan masukkan kedua-dua batu tersebut dalam uncang dengan warna hitam.

Tapi puteri ada 3 pilihan :

  1. Tak nak cabut batu dalam uncang.
  2. Keluarkan kedua-dua batu tersebut dan tunjukkan yang putera tu buat helah.
  3. Mengalah awal-awal, berkahwin dan minta lepaskan ayahnya.

Setelah berfikir sejenak, puteri tersebut ambil tindakan untuk ambil juga uncang tersebut dan kelihatan putera tu tersengih dengan kebodohan puteri tersebut.

Sebelum puteri tersebut meneruskan perlawanan tersebut, dia meminta satu lagi beg uncang yang kosong. Lalu putera mengizinkan.

Dengan kecerdikannya yang tinggi. Puteri tersebut memasukkan tangan dalam uncang tersebut dan mengambil batu lalu memasukkannya dalam beg uncang yang baru tanpa orang lain nampak warna batu yang di pilihnya.

“Di tangan kanan saya adalah beg uncang yang ada batu pilihan saya, manakala sebelah kiri adalah beg uncang yang saya tak pilih”

Tiba-tiba beg uncang di tangan kiri terjatuh dan terkeluar batu warna hitam dari beg uncang.

Lalu puteri tersebut bersuara, “Opps maafkan saya sebab beg uncang terjatuh dan keluar batu warna hitam, jadi maksudnya batu yang saya pilih adalah warna putih dan saya menang dalam pertandingan ini!”

Lalu putera tu terkejut sebab kebijaksanaan puteri tersebut.

“Jadi boleh saya tengok batu putih di dalam beg uncang saya ni?”

“Oh tak mengapa, kamu dah menang, seperti yang di janjikan, aku lepaskan kamu dan ayah kamu serta kerajaan ini”, akur putera tu tanpa banyak soal takut helah dia di ketahui ramai.

Moral of the story :

Selalulah kita fikir out of the box dari apa yang kita selalu fikir dan buatlah tindakan yang luar biasa yang kebiasaan orang lain tak buat.

Jika kita masih lagi berfikiran sama macam orang lain dan tindakan kita biasa-biasa sahaja, kita susah untuk growing dalam apa bidang yang kita ceburi.

Terutamanya dalam bidang bisnes. Bisnes mestilah kita selalu belajar buat benda yang baru dan lain dari yang lain. Baharulah kita sedar yang sebenarnya banyak lagi potensi bisnes di luar sana yang belum kita explore lagi.

.
.
Share semoga sahabat syurga kita yang lain dapat manfaat juga 🙂
.
.
.
Sifu Ash

Website Developer & Tahajjud Tanpa Alarm

Tahajjud Tanpa Alarmhttps://sifuash.com/tta
Fast Track Saleshttps://sifuash.com/fts
Livehttps://youtube.com/sifuash
Booster Libraryhttps://sifuash.com/booster
Blog harianhttps://sifuash.com/blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *