Penjemput Rezeki VS Pencari Rezeki

Assalamualaikum semua sahabat syurga saya,

semoga di beri limpah kurnia dariNya dan mendapat rezeki yang melimpah ruah.

 

Tajuk pada kali ni adalah Penjemput Rezeki VS Pencari Rezeki.

Saya dah bincangkan tajuk ni di LIVE saya pada 5 Mac 2019. Boleh lihat LIVE saya di sini ya πŸ™‚

Untuk artikel kali ni adalah lain dari apa yang saya LIVE dan semoga ianya memberi manfaat kepada sahabat syurga sekalian.

 

Secara mudahnye Penjemput Rezeki ni adalah dia mencari redha dan keampunan dari Allah dahulu.

Yakni 80% tawakkal kepada Allah dan 20% hanyalah usaha.

Manakala Pencari Rezeki ni terbalik, 80% usaha, 20% tawakkal!

Ramai di luar sana yang berusaha bersungguh-sungguh mengejar sales tapi hasilnya tak seberapa.

Semuanya di sebabkan pertalian di antara hati kita dengan ALLAH tu makin lama makin berkurang.

Jadi mulai saat ni, kita kena ubah diri kita untuk kembali kepada ALLAH dan menjadi Penjemput Rezeki yang tawakkalnya sampai level 80%!

Tak susah pun, dengan mengamalkan perkara-perkara di bawah. InsyaALLAH kita boleh tukar dari Pencari Rezeki kepada Penjemput Rezeki πŸ™‚

 

Langkah yang perlu di buat :
1. Tahajjud jangan tinggal! Tapi macammana nak buat sebab benda tu bukan senang.
Kena ada circle yang boleh buatkan kita bersemangat setiap hari. Saya akan buka lagi Group ROI (Rise of Islam) seramai 100,000 members.
Dan once dah buka, saya akan blast emel supaya korang tak terlepas pandang untuk join cicle yang dapat bantu korang istiqamah tahajjud hingga akhir hayat.

2. Apabila dah konsisten tahajjud. InsyaALLAH kolam kita dah bersih dari benda yang tak elok dan hidup kita mulai akan berubah.
– Hubungan dengan Allah makin kuat
– Masa akan jadi panjang
– Hidup tak stress dan lebih teratur
– Banyak masa di gunakan untuk siapkan semua perkara dan banyak perkara dapat di siapkan dalam masa yang singkat
– Sales akan melonjat naik

3. Besarkan kolam kita dengan tolong orang dan bersedekah. Makin banyak kita tolong orang lain keluar dari masalah yang di hadapinya, makin besar kolam yang kita ada. Rezeki yang besar-besar akan mudah untuk masuk ke kolam yang besar berbanding kolam yang kecil.

InsyaALLAH setakat itu sahaja untuk kali ini, InsyaALLAH berjumpa lagi esok untuk ilmu yang seterusnya. Semoga bermanfaat.

 

 

Sifu Ash
Website Developer & Tahajjud Tanpa Alarm
https://sifuash.com
https://aeacademy.com.my

Comments

    1. Post
      Author
  1. KakWaghih

    InsyaaALLAH nak istiqomah upgrade Iman & Amal selagi hayat dikandung badan.
    Nak jadi penjemput rezeki & share rezeki ALLAH Maha Luas bersama dengan yang memerlukan..insyaaALLAH

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
  2. Nur zaiza

    Alhamdulilah terima kasih tuan asyraf… blh saya nak mintak blass kan planning cam mana nak buat planing Satan tak dpt lagi dah check dlm spam pun tak de lagi… terimakasih

    1. Post
      Author
  3. Suraya Jaafar

    Alhamdulillah.. Terima Kasih atas perkongsian Web. Sedang usaha utk membersihkan Kolam Jiwa. Mohon Doa kan Istiqamah

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
  4. Rozaini othman

    Alhamdulillah. Terima kasih sifu… Banyak sangat yg sy dpt belajar.. Secara automatik, mengubah pemikiran saya 300%… Sy sdg berusaha utk buat semua task. Insyaallah.

    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author
    1. Post
      Author

Leave a Reply to Haszuwati Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *