Tanam memory terindah saat anak masih kecil

 

Sewaktu saya post ni, saya dalam perjalanan nak pergi menuntut ilmu dengan saudara Tuan Afnan Rosli berkenaan dengan Mega Metamorphosis. Perasaan membuak-buak nak menuntut ilmu tetapi dalam masa yang sama perasaan sedih bercampur juga.

Kenapa sedih?

Sebab saya kena tinggalkan 2 hari putera kesayangan saya dengan ummi dia. Selalunya hujung minggu memang saya peruntukkan masa yang lama untuk bermain dengan Amir, create a good memory together, jalan-jalan bersama.

Tapi tak mengapa, minggu depan insyaALLAH boleh lagi nak berjalan-jalan ya Amir ku sayang. :*

Untuk kali ni, saya nak share tentang kita kena tanam good memory kepada anak kita sewaktu dia masih kecil lagi. Supaya nanti, dia akan jadi orang yang keep going positive dan ada banyak good memory bersama abah dan ummi dia berbanding bad memory.

Banyak tau kisah yang saya jumpa yang dia depress dan serabut dengan sekeliling. Check-check rupanya dia pernah ada bad memory dengan mak ayah dulu-dulu. Mak ayah kaki pukul lah, asyik gaduh setiap hari lah dan banyak lagi perkara-perkara negatif yang berlaku dalam hidup dia sejak dari lahir hinggalah besar.

Kita sebagai mak ayah, kalau nak gaduh, cari la waktu anak dah tidur, gaduh dalam bilik. Tapi depan-depan anak jadi singa dan naga. Kesian dekat anak.

 

Oleh sebab itu, bincanglah elok-elok jika tidak berpuas hati dengan pasangan. Jangan sampai anak simpan bad memory yang mak ayah dia asyik gaduh dan kadang-kadang anak jadi tempat untuk mak ayah lepaskan amarah.

Untuk jadikan anak seorang yang happy dan berjaya, banyakkanlah menyimpan good memory dengan anak. Tak perlu sampai kena mahal-mahal. Sekadar bawak pergi main taman permainan pun dah ok. Asalkan anak happy dengan apa yang dia ada sekarang. InsyaALLAH 🙂

 


.

.
Share semoga sahabat syurga kita dapat manfaat juga!
.
.
Sifu Ash
Website Developer & Tahajjud Tanpa Alarm

Tahajjud Tanpa Alarmhttps://sifuash.com/tta
Fast Track Saleshttps://sifuash.com/fts
Livehttps://youtube.com/sifuash
Booster Libraryhttps://sifuash.com/booster
Blog harianhttps://sifuash.com/blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *